5 Tanda-tanda pacuan empat roda anda terlebih muatan
Sebelum anda memuatkan berat lebihan kepada kenderaan 4×4 anda, adalah sangat penting perlunya ketahui dahulu berat kenderaan anda terlebih dahulu.
Membawa muatan lebih adalah perkara biasa bagi sebuah kenderaan yang dipanggil pacuan 4 roda atau lebih sinonim dengan panggilan masyarakat 4×4 atau 4WD. Ini kerana, kenderaan jenis ini telah diselidik dan dibangunkan untuk pengguna melakukan perkara lasak seperti membawa muatan, memunggah barangan jualan atau sebagai pengangkutan kepada barangan berat. Sangatlah penting bagi seorang pemilik kenderaan 4×4 mengetahui berat kenderaannya itu bagi faktor-faktor seperti jaminan keselamatan di atas jalan raya, pemanduan yang stabil serta kondisi kenderaan untuk membawa muatan lebih.
Bagaimana ketahui kenderaan saya “Lebih Muatan”?
- Bahagian belakang kenderaan terasa “Jatuh” atau rendah apabila membawa muatan.
Anda akan berasa kenderaan anda lebih rendah di bahagian belakang semasa membawa muatan di belakang serta merasakan spring di bahagian belakang lebih bekerja lebih keras untuk mengawal kesimbangan kenderaan anda semasa muatan berat. Bila perkara ini berlaku anda akan rasa lebih terganggu bila anda lalui kawasan yang ada ‘bump’ jalan dan terdengar bunti hentakan di mana suspensi kenderaan anda telah menyerap hentakan tersebut secara maksimum atau lebih.
2.Kenderaan 4WD anda mengalami alignmen tayar yang teruk dan penggunaan bunga tayar tak rata.
Bila kenderaan mengalami melorot di bahagian belakang yang menyebabkan meningkatnya tinggi suspensi bahagian depan serta menyebabkan faktor masalah alignmen tayar. Apabila ini berlaku, anda akan perasan yang penggunaan bunga tayar tidak sama rata – bunga tayar hadapan akan tampak lebih banyak di bahagian buncu luaran dari yang biasa.
3. Sukar menyimbangkan kenderaan ketika kondisi jalan basah.
Salah satu masalah biasa bagi suspensi belakang kendur ialah anda boleh merasakan steering kenderaan anda akan jadi ringan disebabkan bahagian suspensi hadapan terangkat dan menyebabkan kurangnya kecekapan terhadap pengawalan pemanduan dan prestasi brek hadapan terutama di waktu jalan dalam keadaan basah yang boleh menyebabkan terjadinya ‘Aquaplaning’.
4. Kecekapan brek berkurangan serta mengalami keadaan ‘brek tidak makan’ semasa pemanduan biasa.
Apabila kenderaan anda mengalami muatan lebih dari asal kenderaan tersebut, fungsi dan kecekapan brek akan terdedah dengan tekanan tinggi melampau. Perkara ini akan menyebabkan berlakunya ‘Overheating’ terhadap sistem brek justeri itu berlakunya kegagalan fungsi brek. Berlakunya ‘ Overheating’ boleh di kesan melalui pedal brek berasa lembut ketika dipijak dan ini boleh menyebabkan sistem brek akan semakin teruk sehinggakan terjadinya kegagalan fungsi brek spenuhnya.
5. Komponen mekanikal kenderaan anda akan lebih cepat rosak.
Lebihan muatan juga boleh menyebabkan kerosakan serta memendekkan jangka hayat penggunaan komponen seperti brek, suspension dan komponen-komponen Driveline kenderaan. Jika kenderaan anda kerap mengalami kejadian seperti ini, kemungkinan besar adalah disebabkan muatan lebihan yang selalu dibawa oleh kenderaan anda.
Bagaimana nak mengelakkan kenderaan 4WD atau 4×4 saya daripada ‘Overloaded’?
Timbang berat kenderaan anda
Pertama sekali adalah ketahui berat kenderaan anda (tanpa muatan) dengan adanya aksesori tambahan seperti bull bar, cargo kanopi atau lain-lain aksesori. Ini adalah untuk menentukan bahawa kenderaan 4×4 anda dibawah had berat kenderaan tersebut atau terlebih had berat kenderaan tersebut. Jika kenderaan anda terlebih dari had berat kenderaan tersebut, jangan segan untuk bertanya dengan cawangan berdekatan Pedders Malaysia untuk pertanyaan lebih lanjut dan teknikal.
Tempah dan dapatkan khidmat nasihat
Pedders Suspension & Brakes terdapat beberapa cawangan rasmi di seluruh Malaysia dan anda boleh berkunjung ke mana-mana cawangan yang berdekatan dengan kawasan anda. Pedders adalah pakar dalam perkara towing dan load-carrying (muatan lebih) bagi kenderaan 4WD. Kebanyakan kit suspensi yang dihasilkan adalah bersesuaian dengan kegunaan seharian kita di Malaysia.
Dapatkan Naiktaraf 4WD anda
Untuk memastikan kenderaan 4WD anda dapat dan mampu membawa muatan berat lebihan daripada had asal kenderaan anda. Anda adalah disarankan untuk dapatkan maklumat serta naiktaraf sistem suspensi kenderaan anda ke Pedders Load Carrying Solutions. Kit suspensi ini telah direka khas bagi pengguna yang menggunakan kenderaan 4WD atau 4×4 mereka bagi kerja berat dan selalu membawa muatan dengan perjalanan yang jauh.