PANDUAN PAD BREK
Pengenalan ‘Pad Brek’
Adalah sedia maklum bahawa ‘Brek’ merupakan komponen yang amat penting pada sesebuah kenderaan tak kiralah kenderaan berat ataupun kenderaan ringan. Brek juga terbahagi kepada beberapa komponen salah satunya adalah ‘Pad Brek’.
Apabila kita ingin menghentikan sesebuah kenderaan, ‘Pad Brek’ merupakan komponen utama yang akan membuat kerja tersebut di mana ‘Pad Brek’ akan melakukan geseran dengan permukaan Rotor brek untuk menghentikan pengerakkan tayar kenderaan tersebut.
Oleh itu, tidak hairanlah jika ‘Pad Brek’ juga boleh ‘haus’ atau ‘nipis’ selepas beberapa tempoh tertentu atau setelah beberapa kilometer penjalanan kereta tersebut. Selain itu, faktor cara penggunaan kenderaan juga boleh memberi impak atau menyumbang kepada kecepatan ‘Pad Brek’ itu ‘haus‘ dengan lebih cepat.
Sebagai contoh, sebuah kenderaan yang selalu membawa muatan serta selalu dipandu jauh akan lebih banyak menggunakan brek oleh kerana tekanan daripada muatan yang dibawa kenderaan tersebut akan menyebabkan penggunaan pada ‘Pad Brek’ lebih banyak daripada kegunaan biasa.
Pad Brek Seramik Pedders
Pedders Suspension & Brakes telah menghasilkan Pad Brek yang berteknologikan seramik untuk memberi kekuatan serta meningkatkan kualiti sistem brek sesebuah kenderaan.
Bila kereta anda perlu gantikan Pad Brek baharu?
Masa anda perlu gantikan Pad Brek baharu bila;
1. Brek mengeluarkan bunyi bising
Apabila anda perasan brek kenderaan anda telah mula mengeluarkan bunyi yang kurang menyenangkan itu adalah tanda dimana Pad Brek dan Rotor Brek telah mencapai pada ketebalan yang minimum. Setiap Pad Brek dan Rotor Brek ada ketebalan minimum tersendiri untuk memberi amaran kepada pemilik kenderaan tersebut bahawa sampai masa untuk menggantikan Pad Brek atau Rotor brek kereta mereka.
2. Lampu Tanda Brek Menyala
Terpulang dengan kereta yang dimiliki, anda akan perasan tanda Brek menyala di dashboard/papan maklumat tentang sistem kereta anda. Jika ini berlaku, ini bermaksud sistem brek kenderaan anda perlu diberi perhatian dengan menghantar ke Pedders Store yang terdekat di kawasan anda untuk didiagnosiskan untuk tentukan masalah sebenar kereta anda.
3. Kereta Sentiasa Gerak ke Satu Bahagian
Jika kereta anda sentiasa cenderung bergerak ke satu bahagian ke kiri atau ke kanan semasa anda menekan brek semasa ingin berhenti, itu adalah antara satu simptom Pad Brek kereta anda kehabisan atau telah ‘haus’.
Apa Perbezaan ada pada Pad Brek?
Setiap model kenderaan memiliki sais serta model Pad Brek yang berlainan seperti kenderaan penumpang selalunya akan nampak sedikit kecil manakala untuk kenderaan pacuan empat roda (4WD) atau SUV akan memerlukan sais atau ketebalan Pad Brek lebih tebal dan besar berbanding kereta kecil/penumpang. Ini disebabkan, kegunaan serta muatan yang oleh sesebuah kenderaan adalah berbeza.
Video di atas adalah menunjukkan prestasi Pad Brek di antara kenderaan SUV dan 4×4.